Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal untuk menghasilkan sesuatu keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan tersebut diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa buangan kepada sumber-sumber yang bernilai dan boleh digunakan semula. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
No comments:
Post a Comment