Sunday 20 November 2016

DEFINISI KITAR SEMULA







Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal untuk menghasilkan sesuatu keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan tersebut diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa  buangan kepada sumber-sumber yang bernilai dan boleh digunakan semula. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru. 







Friday 18 November 2016

KEPENTINGAN KITAR SEMULA KEPADA MANUSIA DAN ALAM SEKITAR SERTA BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK DIKITAR SEMULA

MENGAPA PERLUNYA KITAR SEMULA???


Kitar semula merupakan cara terbaik untuk kita memperoleh kesan positif dan menjauhi daripada kesan negatif kepada bumi yang sedang kita diami sekarang. Kitar semula amat penting bagi kita sebagai manusia dan kepada alam sekitar untuk memiliki kehidupan yang sempurna. Kita perlulah bergerak pantas kerana kini sudah berlaku lambakan sisa terbuang yang dibuang oleh kita sendiri dan keadaan ini akan terus meningkat dan terus meningkat. Jumlah sisa yang dihasilkan oleh kita atau manusia bertambah kerana:

  • Peningkatan dalam pendapatan dan kekayaan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T menyebabkan ramai manusia membeli barangan tanpa memikirkan kesan masa depan dan menyebabkan berlaku lambakan sisa.
  • Peningkatan populasi manusia bermakna manusia semakin ramai di bumi yang akan menghasilkan sisa buangan.
  • Pengeluaran produk berteknologi pembungkusan terkini yang mana menyebabkan bahan-bahan kini mengambil masa yang sangat lama untuk dilupuskan.
  • Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa makanan buangan yang tidak dapat dilupuskan sepert pembalut makanan yang diperbuat dengan kertas minyak.
KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Kitar semula memainkan peranan yang amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar khususnya alam semula jadi.

  • Pembuangan sampah sarap yang melambak dan kian meningkat menyebabkann alam semula jadi semaakin kotor. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
  • Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan kepada bahan mentah. Oleh itu, sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
  • Tenaga yang besar digunakan untuk memuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam semula jadi.

KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA

Kitar semula sangat penting kepada bandar dan seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya.
  • Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu, kebanyakan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan bahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
  • Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding dihasilkan daripada bahan kitar semula.
  • Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan mengurangkan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan daripada sumber asli. Oleh itu, alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi akan datang.]


BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK DIKITAR SEMULA

     Pada zaman moden kini, kuantiti pembuangan sampah kian meningkat. Keadaan ini sedikit sebanyak menjejaskan kemajuan negara. Sampah yang banyak akan menbawa kepada pelbagai kemudaratan. Jika dihayati sebenar-benar penghayatan, pelbagai bahan-bahan yang menjadi sampah sarap boleh digunakan ataupun boleh dikitar semula menjadi barang yang sama atau barang yang baharu. Antara bahan-bahan yang boleh dikitar semula adalah seperti berikut:


Kertas
Image result for kertasTerdiri daripada sampul surat, akhbar, kertas kadboard, buku-buku lama atau sudah koyak, majalah, risalah-risalah, memo dan banyak lagi.

Plastik
Terdiri daripada botol-botol mineral, plastik makanan, bekas aiskrim, bekas mengisi makanan (tapperware), pembalut beg udara dan banyak lagi.

Kayu-kayan
Terdiri daripada sisa-sisa atau basi kayu yang telah diproses daripada kilang-kilang kayu, kayu-kayu lama atau sudah tidak diperlukan contohnya kayu-kayu daripada rumah-rumah yang dirobohkan dan sebagainya.

Fabrik
Terdiri daripada pakaian-pakaian lama yang sudah tidak mahu digunakan, kain-kain buruk sudah lama.

Kaca
Terdiri daripada botol kaca bekas jem, kicap, air minuman dan banyak lagi.

Tayar
Terdiri daripada tayar-tayar yang sudah tidak digunakan seperti tayar lori, basikal, kereta dan banyak lagi.

AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN MENGGUNAKAN BAHAN KITAR SEMULA

AKTIVITI KITAR SEMULA


Pelbagai aktiviti yang boleh kita lakukan menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kertas, botol, tali, tayar dan sebagainya. Apa yang paling penting adalah, kita mestilah berfikiran luas, kreatif dan inovatif dalam menjana idea untuk memanfaatkan barangan atau bahan-bahan terbuang menjadi bahan-bahan yang boleh digunakan.

           Antara contoh aktiviti kreatif yang boleh dilakukan termasuklah:

Aktiviti:
Membuat perahu plastik yang boleh digunakan untuk bermain bersama-sama rakan contohnya mengadakan pertandingan perahu plastik paling kreatif.

Peralatan:
Peralatan yang digunakan termasuklah botol air plastik dan tali.


Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik

Aktiviti:
Membuat pasu bunga perhiasan yang mana boleh digunakan untuk menceriakan kawasan halaman luar rumah agar tidak kelihatan begitu kosong.

Peralatan:
Peralatan yang digunakan termasuklah kayu terbuang, botol plastik seperti botol cuka dan pokok bunga perhiasan.
Image result for aktiviti-aktiviti menggunakan bahan kitar semula

Aktiviti:
Membuat bunga perhiasan yang boleh menceriakan kawasan ruang tamu rumah agar kelihatan lebih berseri.

Peralatan:
Peralatan yang digunakan termasuklah cawan minum pakai buang, pasu, pasir.

Image result for aktiviti-aktiviti menggunakan bahan kitar semula


Aktiviti:
Membuat kolam mini yang boleh digunakan untuk memelihara ikan perhiasan seperti guppy dan sebagainya.

Peralatan:
Peralatan yang digunakan termasuklah tayar terbuang, batu-batu kecil dan simen.

kreativiti kitar semula relaks minda

Aktiviti:
Membuat lampu perhiasan yang boleh digantung di kawasan halaman rumah agar dapat menceriakan kawasan yang suram.

Peralatan:
Antara peralatan yang digunakan termasuklah kertas kadboard, lampu, tali dan wayar elektrik.


kreativiti kitar semula relaks minda


Aktiviti:
Membuat pasu yang boleh dijadikan bahan perhiasan di dalam rumah ataupun kawasan persekitaran rumah agar lebih kelihatan cantik dan menarik.

Peralatan: 
Antara peralatan yang digunakan termasuklah tali dan botol kaca terbuang seperti botol kicap, sos tomato dan sebagainya.



BERITA KITAR SEMULA


ARKIB : 02/01/2011 


Orang ramai mahu kempen Hari Tanpa Beg Plastik setiap hari


PUTRAJAYA 1 Jan. - Kempen mengurangkan penggunaan beg plastik yang dilancarkan di semua pasar raya di seluruh negara hari ini disambut baik oleh orang ramai, namun rata-rata mahu kempen ini dilakukan setiap hari dan bukan pada hari Sabtu sahaja. 

     Bagaimanapun, pada masa yang sama mereka menuntut agar para pengusaha pasar raya turut memainkan peranan dalam menjayakan kempen itu dengan menyediakan beg kitar semula untuk kegunaan pelanggan demi menjaga alam sekitar tanpa memikirkan keuntungan semata-mata. Mereka berpendapat, kesedaran masyarakat terhadap penggunaan beg kitar semula masih kurang justeru kempen tersebut perlu diperhebatkan sepanjang masa dan ia memerlukan penglibatan semua pihak terutama pengusaha pasar raya sendiri. 

      Seorang pekerja swasta, Wan Nurul Hidayah Yusof, 34, berkata, kempen berterusan merupakan salah satu kaedah terbaik yang perlu kerajaan lakukan untuk menyedarkan masyarakat. Kempen seumpama ini dapat membantu mendidik rakyat untuk menjaga alam sekitar selain mengurangkan pembuangan sisa pepejal. Bagaimanapun ia perlu diteruskan untuk jangka masa panjang kerana kita tidak mahu masyarakat hanya mempraktikkan penggunaan beg kitar semula tersebut semasa kempen rancak dilaksanakan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

    Seorang guru, Kho Chiew Tong, 30, turut bersetuju kempen itu diadakan setiap hari bagi memastikan masyarakat menggunakan beg kitar semula dan menjadikannya sebagai satu kemestian." Pengusaha pasar raya juga perlu memainkan peranan dengan menyediakan beg kitar semula untuk pelanggan demi menjaga alam sekitar tanpa memikirkan keuntungan semata-mata," katanya.

     Sementara itu, seorang pelajar, J. Mugunthan Pillai, 20, berkata, "kesedaran masyarakat untuk menjaga alam sekitar masih rendah dan usaha itu perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Katanya, pelbagai kempen yang dianjurkan oleh kerajaan sememangnya mampu mendidik rakyat menjaga alam sekitar, namun jika rakyat enggan memberikan sokongan dengan membawa beg kitar semula dari rumah, kempen itu dianggap gagal. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan jangan terlalu bergantung harap kepada sebelah pihak sahaja," katanya. 

       Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Abdul Majid Abdul Rahim, ketika ditemui berkata, kementerian memulakan kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' setiap Sabtu bermula hari ini di seluruh negara. Katanya, kempen tersebut merupakan inisiatif kementerian untuk membantu usaha kerajaan memelihara alam sekitar selain menyemai budaya kehidupan lestari di kalangan pengguna. Mulai hari ini pengguna di seluruh negara tidak lagi dibekalkan dengan beg plastik percuma pada hari Sabtu dan mereka akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik. Kementerian juga telah mendapat kerjasama pelbagai pihak untuk menjayakan kempen ini seperti pengusaha pasar raya, stesen-stesen minyak dan juga pihak peruncit," katanya. 

LAPORAN PERTANDINGAN


 LAPORAN PROGRAM MINGGU KITAR SEMULA

    Seperti yang kita sedia maklum, sejak akhir-akhir ini isu pencemaran alam sekitar semakin menjadi-jadi dan menjadi barah kepada penduduk Bumi. Jika kita sayang akan Bumi yang kita diami ini, seharusnya kesedaran tentang betapa pentingnya  menjaga kebersihan perlu ada dalam diri setiap insan. Menyedari hakikat ini, sebagai guru pelatih, kami merasakan kami bertanggungjawab untuk mendidik individu sejak dari peringkat kecil lagi. Memandangkan kami telah menjalankan program Internship selama sebulan di Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya, kami telah mengadakan kerjasama dengan  pihak sekolah untuk menjayakan program Minggu Kitar Semula. Secara  rasminya  pada minggu kedua iaitu 14 Julai sehingga 18 Julai adalah minggu kitar semula. Pelancaran minggu kitar semula adalah salah satu projek yang kami laksanakan untuk menerapkan kesedaran kepada murid tentang kesedaran kitar semula.

      Projek ini adalah satu projek yang besar kerana dalam minggu ini terdapat pelbagai aktiviti yang kami telah jalankan. Aktiviti pertama adalah sehari 5 minit pesanan antidadah yang dikendalikan oleh kami sendiri dan setiap pesanan mempunyai soalan untuk dikemukakan pada perhimpunan pagi. Selain daripada itu terdapat juga aktiviti lain yang melibatkan aktiviti antidadah yang lain. Semua aktiviti yang ingin dilaksanakan berbincang dahulu dengan guru pembimbing kami merangkap guru kaunseling sekolah.

MINGGU KITAR SEMULA SEKOLAH KEBANGSAAN GADONG JAYA
( 14 Julai hingga 18 Julai 2014 )

1.0        Maklumat umum
         Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai memproses barang-barang lama untuk dijadikan barang-barang baru. Ini termasuklah menggunakan semula barang-barang tersebut seperti yang asal ataupun memberinya kepada orang yang boleh  menggunakannya. Barang-barang yang boleh dikitar semula ialah seperti kertas,  plastikkertas kadbod, kaca dan pakaian.  
      Oleh itu, murid-murid harus mengamalkan kitar semula. Mereka perlu tahu mengasing dan mengenal pasti jenis sampah mengikut tong kitar semula. Mereka juga perlu mempunyai kesedaran untuk mengekalkan kehijauan bumi ini. Kehijauan ini  termasuk fauna atau hidupan lain selain flora atau tumbuhan.

2.0        Objektif
2.1      Memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan dan cara               mengitar  semula.
2.2      Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid melalui aktiviti kitar semula.
2.3     Meningkatkan kesedaran kepada  murid tentang pentingnya menjaga alam      sekitar

3.0       Strategi pelaksanaan 
    Setelah mendapat projek ini, ahli jawatankuasa dibentuk bagi memastikan projek   ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kemudian pelan tindakan untuk memulakan projek di kemukakan bagi memperlihatkan perjalanan kerja lebih sistematik dan teratur. Berikut merupakan antara pelan tindakan yang telah dibuat :

Bil
Tarikh
Aktiviti
Tindakan
1
14 Julai 2014

·         Perkenalkan Minggu Kitar Semula
·         Perasmian Minggu Kitar Semula
·        Menyatakan aktiviti yang dijalankan.
                                i.            Pengumpulan barang kitar semula
                              ii.            Mengadakan pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula



Perasmian oleh guru besar En. Anuar B. Haji Buyong
2
15-16 Julai 2014

·         Pengumpulan barang kitar semula

Guru pelatih
3
17 Julai 2014

·        Hari terakhir pengumpulan barang kitar semula dan pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula
Guru pelatih

4
18 Julai 2014

·  Majlis penutupan Minggu Kitar Semula.
                                i.            Ceramah bertajuk ‘Kepentingan Kitar Semula’
                              ii.            Penyampaian hadiah bagi pengumpulan barang kitar semula dan Pertandingan Reka Cipta.
Ceramah disampaikan oleh wakil dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

4.0       Laporan
      Projek Kitar Semula telah dijalankan selama seminggu bermula daripada hari Isnin sehingga hari Jumaat. Berikut merupakan catatan yang telah dibuat sepanjang minggu Kitar Semula berlangsung :

                    i.            Hari pertama ( 14 Julai 2014 )
Pada hari pertama iaitu hari Isnin, majlis perasmian minggu Kitar Semula telah diadakan sewaktu perhimpunan rasmi.  Guru besar iaitu En. Anuar bin Hj. Buyong telah dilantik untuk merasmikan minggu tersebut. Kemeriahan terpancar apabila pelbagai gimik ditonjolkan sewaktu majlis perasmian tersebut. 3 orang murid telah dilantik untuk menjadi maskot sempena minggu Kitar Semua tersebut. Mereka memakai pakaian hasil daripada bahan kitar semula. Seterusnya guru besar juga harus memasukkan barang kitar semula yang dibawa oleh maskot ke dalam tong sampah kitar semula yang telah disediakan.
                  Pada hari ini juga murid-murid diberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Antaranya ialah pengumpulan barang kitar semula mengikut kelas, pertandingan Reka Cipta bahan terpakai serta ceramah yang bertajuk kepentingan Kitar Semula. Tarikh akhir penyertaan bagi setiap aktiviti adalah pada hari Khamis. Selain itu, setiap kelas juga dibekalkan dengan 2 keping plastik sampah yang telah di label kertas dan botol untuk di letakkan di belakang setiap kelas.

                  ii.            Hari kedua dan ketiga ( 15 hingga 16 Julai 2014 )
Pada hari kedua dan ketiga ini, setiap guru praktikum harus memantau keadaan bilik darjah yang telah dibekalkan dengan plastik sampah. Tugasan juga telah diagihkan secara sama rata. En Hafiz memantau kelas tahun 6, En Zarif memantau kelas tahun 5, Cik Fateen memantau kelas tahun 4, Cik Farah memantau kelas tahun 3, Cik Zaity memantau kelas tahun 2 dan akhir sekali Cik Adibah dan Syazlin memantau murid tahun 1. Pemantauan harus dijalankan secara kerap agar keadaan bilik darjah dapat dikawal dengan rapi dan tersusun. Selain itu, barang kitar semula yang dikumpul juga harus kelihatan terkawal. 
       Selain itu, peringatan mengenai aktiviti yang dijalankan sempena minggu Kitar  Semula ini juga diumum setiap hari sewaktu perhimpunan. Hal ini kerana, kami ingin menggalakkan penyertaan setiap murid serta menambahkan semangat berdaya saing dalam diri mereka.

                iii.            Hari keempat ( 17 Julai 2014 )
Hari ini merupakan hari terakhir bagi segala aktiviti yang telah dijalankan. Sambutan daripada murid sangat menggalakkan. Setiap kelas membawa barang kitar semula di luar jangkaan. Oleh itu, kami sebagai penganjur memilih untuk  mengumpulkan barang-barang kitar semula tersebut di dewan terbuka. Seterusnya, kami bekerjasama telah menimbang hasil kutipan barangan kitar semula mengikut kelas untuk menentukan pemenang.
          Bagi pertandingan Reka Cipta bahan terpakai pula, bengkel Kemahiran Hidup telah dipilih untuk mengumpulkan barang. Pelbagai barang reka cipta baharu yang telah dihasilkan oleh murid mengikut daya kreativiti mereka sendiri. Penilaian bagi pertandingan Reka Cipta ini telah diadili oleh Pn. Afizaayu selaku guru panitia mata pelajaran Sains serta pembantunya  Pn. Thelaga. Memandangkan penyertaan murid sangat menggalakkan, Pn Afizaayu mencadangkan agar pemenang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pemenang tahap 1 dan tahap 2. Bagi setiap tahap pula 8 orang dipilih untuk menerima hadiah.

                iv.            Hari kelima ( 18 Julai 2014 )
Hari ini merupakan hari terakhir minggu Kitar Semula yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya. Pada hari ini sesi ceramah telah diadakan seawal pukul 8.30 pagi. Ketibaan penceramah disambut mesra oleh guru pelatih. Murid yang dipilih untuk menghadiri majlis ceramah tersebut terdiri daripada murid tahun 4 dan 5. Mereka juga diarahkan untuk membawa sebuah buku nota untuk menyalin segala maklumat yang akan disampaikan oleh penceramah nanti. Sepanjang sesi ceramah berlangsung murid menunjukkan minat yang tinggi untuk mengetahui dengan lebih mendalam kepentingan mengitar semula barang-barang terpakai.
         Seterusnya, demonstrasi mengitar semula surat khabar menjadi kertas dijalankan oleh pihak penceramah. 3 langkah mudah telah ditunjukkan iaitu merendam kertas ke dalam air, mengisar kertas menggunakan pengisar dan akhir sekali meluruskan kertas menggunakan seterika. Satu tepukan gemuruh diberikan oleh murid-murid selepas demonstrasi ditunjukkan. Selain itu, 5 orang murid juga dipilih untuk melakukan demonstrasi kitar semula kertas itu. Seterusnya, barang-barang kitar semula yang dikumpulkan ditimbang dan diangkat ke dalam lori sampah yang telah disediakan. Aktiviti ini dibantu oleh murid-murid tahun 6.
         Acara terakhir ialah majlis penutupan minggu Kitar semula oleh guru besar En. Anuar bin Hj. Buyong. Beliau telah menyampaikan sedikit cenderamata kepada penceramah yang telah hadir. Satu replika cek yang tertera nilai pungutan barang kitar semula juga telah diserahkan kepada guru besar. Seterusnya, hadiah juga disampaikan kepada murid-murid yang telah memenangi pertandingan yang dianjurkan. Pertandingan pertama ialah pertandingan pengumpulan barang kitar semula yang terbanyak mengikut kelas bagi tahap satu dan tahap dua. Senarai pemenang adalah seperti di bawah :
a.       Tahap 1 ( 1 Anggun )
b.      Tahap 2 ( 5 Arif )
      Seterusnya bagi pertandingan reka cipta bahan terpakai pula senarai pemenang adalah seperti di bawah :
Tahap 1
Tahap 2
1.      Nur Athira (3B)
1.   Nurin Zulaikha  (5A)
2.      Afeada Sofea (3B
2. Nur Alia Amyra  (5A)
3.      Siti Nurain (1B)
3.  Radiefa Mohd (5A)
4.      Nur Arissa (3B)
4.  Abdul Rahman  (4A)
5.      Alyaa Ajuwa (2B)
5.      Mohd Ihsan  (6A)
6.      Muhd. Aliff  (3A)
6.      Siti Nur Bahirah (6B)
7.      Muhd. Aiman (2A)
7.      Norshafiqah (5A)
8.      Aisa Najeha (3B)
8.      Mohd Syawal (5A)

        Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah ini maka tamatlah sudah minggu Kitar Semula yang telah dianjurkan oleh guru pelatih. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Kami juga berpuas hati kerana projek yang dijalankan ini telah mencapai matlamat yang diharapkan.

LAPORAN PERTANDINGAN


PERTANDINGAN MEREKA CIPTA BAHAN TERBUANG SEKOLAH KELOMPOK LIMA DAERAH KERIAN


Oleh Azie Hakim
Sk Sungai Setar - Pada 21 Mac yang lalu, sekolah ini telah mengadakan satu pertandingan rekacipta daripada bahan terbuang. Pertandingan yang dijalankan sempena sekolah lestari ini, telah dianjurkan oleh Pusat Sumber sekolah dan Panitia Kemahiran Hidup. Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah tahap 2 dari sekolah rendah kelompok lima. Setiap sekolah boleh menghantar lebih dari satu kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang peserta. Bahan rekaan perlulah disediakan sendiri oleh pesrta masing - masing dan masa yang diperuntukan adalah selama 2 jam. Pertandingan ini dilihat mendapat sambutan yang menggalakkan apabila Sk Kampung Kedah telah menghantar 9 kumpulan sekaligus. Antara sekolah lain yang turut menyertai ialah Sk Haji Ramli, Sk Nam Hua dan Sk Sungai Setar sendiri. Sk Nam Hua telah muncul sebagai juara juga berjaya meraih tempat ketiga mengalahkan pasukan tuan rumah yang hanya mampu mendapat tempat kedua. Pemenang telah menerima wang tunai berserta sijil penyertaan manakala semua peserta turut diberi sijil penyertaan.

Pemenang tempat pertama SK Nam Hua
SK Nam Hua dengan rekaan daripada tin aluminium

Pemenang tempat kedua dari SK Sungai Setar
Sk Setar dengan rekaan daripada botol minuman

Pemenang tempat ketiga dari SK Nam Hua
Sk Nam Hua dengan rekaan daripada botol minuman

LAPORAN PERTANDINGAN

LAPORAN PROGRAM HARI KITAR SEMULA PERINGKAT SEKOLAH

SK MATANG JAYA 201322 JUN 2013 (SABTU)

Pihak Trienekens dengan kerjasama pihak MPP telah melantik SK Matang Jaya sebagai sekolah perintis Program Kitar Semula yang bermula pada tahun lepas.Pada 22 Jun 2013 hari Sabtu, telah berlangsung untuk kali ke 2 Program Kitar Semula Peringkat Seklah. Bermula jam 7.30 pagi semua murid dan guru telah berkumpul diruang legar PIBG 2007 bagi menjayakan progam tersebut. Tepat jam 8.00 pagi, para tetamu jemputan yang terdiri daripada pihak MPP, Trienekens dan NREB . Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sekolah diikuti bacaan doa.  Ucapan alu-aluan daripada guru besar dan ucapan perasmian daripada wakil pihak Trinekens iaitu Cik Julan Yu Abit. Majlis di serikan lagi dengan nyanyian lagu Hijau Bumi Tuhan diterajui oleh kumpulan koir pancaragam sekolah. Aktiviti bermula dengan acara penanaman pokok dan perasmian pondok ilmu yang disempurnakan oleh para tetamu kehormat.
Tepat jam 8.30 pagi, aktiviti bermula. Diantara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mewarna tahap 1 dan melukis poster tahap 2. Aktiviti ini berlangsung secara serentak di kelas yang telah ditetapkan selama 1 ½ jam. Dalam masa yang sama di ruang legar dan pentas, bermula acara persiapan lengkap kotak kitar semula paling kreatif, pertandingan bercerita dan pertandingan eko-fesyen. Pihak Trienekens juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dengan mengadakan ruang pameran bahan kitar semula. Aktiviti berhenti rehat jam 10.00 pagi dan bersambung semula pada pukul 10.30 pagi dengan acara kemuncak iaitu sukaneka . Dalam acara ini, para peserta terdiri daripada guru=guru dan pihak trinekens dan MPP. Semua pertandingan di urus oleh pihak guru dan dihakimi oleh pihak Trienekens. Tepat jam 11.30 pagi semua aktiviti berakhir dengan jayanya. Akhir sekali acara penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh pihak pentadbir sekolah dan pihak tetamu jemputan.Majlis bersurai tepat jam 12.50 tengahari.
Senarai pemenang-pemenang pertandingan :
Pertandingan Mewarna Tahap 1
  1. Christina Elsie                                     3 Elit
  2. Jozira bt Abdullah                             3 Cekal
  3. Annisa                                                     1  Elit
Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
  1. Adriana Aisy Farhan                           6 Amanah
  2. Nur Hani Nabilah                                 6 Dinamik
  3. Nurina Syafezar                                    5 Elit
Pertandingan Eko- Fesyen
  1. Angelina Fiona Alex Ayong                         3 Dinamik
  2. Sha. Nuramalin Adani bt Wan Masri       1 Amanah
  3. Mohd. Sofi Jazimin bin Noramis                3 Bestari
Pertandingan Bercerita
  1. Mim Khalish Fashilin bt Rebi               3 Fikrah
  2. Hazwina Humaira bt Hanafi                 3 Fikrah
  3. Rachel Judy Winnifred                          3 Dinamik
Pertandingan Merekacipta Kotak Kitar Semula Paling kreatif
  1. Johan          –              Kumpulan 7
  2. Naib johan   –           Kumpulan 13
  3. Tempat ke 3   –        Kumpulan 6
Pertandingan Sukaneka guru-guru rumah sukan SK Matang jaya
  1. Johan          –           Rumah Sukan USM
  2. Naib johan   –        Rumah Sukan UIA
  3. Ketiga                      Rumah Sukan UITM
  4. Keempat      –         Rumah sukan UNIMAS


VIDEO KEPENTINGAN ALAM SEKITAR KEPADA MANUSIA

KESIMPULAN

Kesimpulannya, alam sekitar memainkan peranan yang sangat penting kepada alam sekitar dan kepada masyarakat. Jika kita berasakan kita seorang masyarakat yang prihatin kepada alam sekitar yang merupakan aset yang paling penting kepada kita, amalan kitar semula hendaklah dilakukan.