Friday 18 November 2016

LAPORAN PERTANDINGAN


 LAPORAN PROGRAM MINGGU KITAR SEMULA

    Seperti yang kita sedia maklum, sejak akhir-akhir ini isu pencemaran alam sekitar semakin menjadi-jadi dan menjadi barah kepada penduduk Bumi. Jika kita sayang akan Bumi yang kita diami ini, seharusnya kesedaran tentang betapa pentingnya  menjaga kebersihan perlu ada dalam diri setiap insan. Menyedari hakikat ini, sebagai guru pelatih, kami merasakan kami bertanggungjawab untuk mendidik individu sejak dari peringkat kecil lagi. Memandangkan kami telah menjalankan program Internship selama sebulan di Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya, kami telah mengadakan kerjasama dengan  pihak sekolah untuk menjayakan program Minggu Kitar Semula. Secara  rasminya  pada minggu kedua iaitu 14 Julai sehingga 18 Julai adalah minggu kitar semula. Pelancaran minggu kitar semula adalah salah satu projek yang kami laksanakan untuk menerapkan kesedaran kepada murid tentang kesedaran kitar semula.

      Projek ini adalah satu projek yang besar kerana dalam minggu ini terdapat pelbagai aktiviti yang kami telah jalankan. Aktiviti pertama adalah sehari 5 minit pesanan antidadah yang dikendalikan oleh kami sendiri dan setiap pesanan mempunyai soalan untuk dikemukakan pada perhimpunan pagi. Selain daripada itu terdapat juga aktiviti lain yang melibatkan aktiviti antidadah yang lain. Semua aktiviti yang ingin dilaksanakan berbincang dahulu dengan guru pembimbing kami merangkap guru kaunseling sekolah.

MINGGU KITAR SEMULA SEKOLAH KEBANGSAAN GADONG JAYA
( 14 Julai hingga 18 Julai 2014 )

1.0        Maklumat umum
         Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai memproses barang-barang lama untuk dijadikan barang-barang baru. Ini termasuklah menggunakan semula barang-barang tersebut seperti yang asal ataupun memberinya kepada orang yang boleh  menggunakannya. Barang-barang yang boleh dikitar semula ialah seperti kertas,  plastikkertas kadbod, kaca dan pakaian.  
      Oleh itu, murid-murid harus mengamalkan kitar semula. Mereka perlu tahu mengasing dan mengenal pasti jenis sampah mengikut tong kitar semula. Mereka juga perlu mempunyai kesedaran untuk mengekalkan kehijauan bumi ini. Kehijauan ini  termasuk fauna atau hidupan lain selain flora atau tumbuhan.

2.0        Objektif
2.1      Memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan dan cara               mengitar  semula.
2.2      Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid melalui aktiviti kitar semula.
2.3     Meningkatkan kesedaran kepada  murid tentang pentingnya menjaga alam      sekitar

3.0       Strategi pelaksanaan 
    Setelah mendapat projek ini, ahli jawatankuasa dibentuk bagi memastikan projek   ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kemudian pelan tindakan untuk memulakan projek di kemukakan bagi memperlihatkan perjalanan kerja lebih sistematik dan teratur. Berikut merupakan antara pelan tindakan yang telah dibuat :

Bil
Tarikh
Aktiviti
Tindakan
1
14 Julai 2014

·         Perkenalkan Minggu Kitar Semula
·         Perasmian Minggu Kitar Semula
·        Menyatakan aktiviti yang dijalankan.
                                i.            Pengumpulan barang kitar semula
                              ii.            Mengadakan pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula



Perasmian oleh guru besar En. Anuar B. Haji Buyong
2
15-16 Julai 2014

·         Pengumpulan barang kitar semula

Guru pelatih
3
17 Julai 2014

·        Hari terakhir pengumpulan barang kitar semula dan pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula
Guru pelatih

4
18 Julai 2014

·  Majlis penutupan Minggu Kitar Semula.
                                i.            Ceramah bertajuk ‘Kepentingan Kitar Semula’
                              ii.            Penyampaian hadiah bagi pengumpulan barang kitar semula dan Pertandingan Reka Cipta.
Ceramah disampaikan oleh wakil dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

4.0       Laporan
      Projek Kitar Semula telah dijalankan selama seminggu bermula daripada hari Isnin sehingga hari Jumaat. Berikut merupakan catatan yang telah dibuat sepanjang minggu Kitar Semula berlangsung :

                    i.            Hari pertama ( 14 Julai 2014 )
Pada hari pertama iaitu hari Isnin, majlis perasmian minggu Kitar Semula telah diadakan sewaktu perhimpunan rasmi.  Guru besar iaitu En. Anuar bin Hj. Buyong telah dilantik untuk merasmikan minggu tersebut. Kemeriahan terpancar apabila pelbagai gimik ditonjolkan sewaktu majlis perasmian tersebut. 3 orang murid telah dilantik untuk menjadi maskot sempena minggu Kitar Semua tersebut. Mereka memakai pakaian hasil daripada bahan kitar semula. Seterusnya guru besar juga harus memasukkan barang kitar semula yang dibawa oleh maskot ke dalam tong sampah kitar semula yang telah disediakan.
                  Pada hari ini juga murid-murid diberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Antaranya ialah pengumpulan barang kitar semula mengikut kelas, pertandingan Reka Cipta bahan terpakai serta ceramah yang bertajuk kepentingan Kitar Semula. Tarikh akhir penyertaan bagi setiap aktiviti adalah pada hari Khamis. Selain itu, setiap kelas juga dibekalkan dengan 2 keping plastik sampah yang telah di label kertas dan botol untuk di letakkan di belakang setiap kelas.

                  ii.            Hari kedua dan ketiga ( 15 hingga 16 Julai 2014 )
Pada hari kedua dan ketiga ini, setiap guru praktikum harus memantau keadaan bilik darjah yang telah dibekalkan dengan plastik sampah. Tugasan juga telah diagihkan secara sama rata. En Hafiz memantau kelas tahun 6, En Zarif memantau kelas tahun 5, Cik Fateen memantau kelas tahun 4, Cik Farah memantau kelas tahun 3, Cik Zaity memantau kelas tahun 2 dan akhir sekali Cik Adibah dan Syazlin memantau murid tahun 1. Pemantauan harus dijalankan secara kerap agar keadaan bilik darjah dapat dikawal dengan rapi dan tersusun. Selain itu, barang kitar semula yang dikumpul juga harus kelihatan terkawal. 
       Selain itu, peringatan mengenai aktiviti yang dijalankan sempena minggu Kitar  Semula ini juga diumum setiap hari sewaktu perhimpunan. Hal ini kerana, kami ingin menggalakkan penyertaan setiap murid serta menambahkan semangat berdaya saing dalam diri mereka.

                iii.            Hari keempat ( 17 Julai 2014 )
Hari ini merupakan hari terakhir bagi segala aktiviti yang telah dijalankan. Sambutan daripada murid sangat menggalakkan. Setiap kelas membawa barang kitar semula di luar jangkaan. Oleh itu, kami sebagai penganjur memilih untuk  mengumpulkan barang-barang kitar semula tersebut di dewan terbuka. Seterusnya, kami bekerjasama telah menimbang hasil kutipan barangan kitar semula mengikut kelas untuk menentukan pemenang.
          Bagi pertandingan Reka Cipta bahan terpakai pula, bengkel Kemahiran Hidup telah dipilih untuk mengumpulkan barang. Pelbagai barang reka cipta baharu yang telah dihasilkan oleh murid mengikut daya kreativiti mereka sendiri. Penilaian bagi pertandingan Reka Cipta ini telah diadili oleh Pn. Afizaayu selaku guru panitia mata pelajaran Sains serta pembantunya  Pn. Thelaga. Memandangkan penyertaan murid sangat menggalakkan, Pn Afizaayu mencadangkan agar pemenang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pemenang tahap 1 dan tahap 2. Bagi setiap tahap pula 8 orang dipilih untuk menerima hadiah.

                iv.            Hari kelima ( 18 Julai 2014 )
Hari ini merupakan hari terakhir minggu Kitar Semula yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya. Pada hari ini sesi ceramah telah diadakan seawal pukul 8.30 pagi. Ketibaan penceramah disambut mesra oleh guru pelatih. Murid yang dipilih untuk menghadiri majlis ceramah tersebut terdiri daripada murid tahun 4 dan 5. Mereka juga diarahkan untuk membawa sebuah buku nota untuk menyalin segala maklumat yang akan disampaikan oleh penceramah nanti. Sepanjang sesi ceramah berlangsung murid menunjukkan minat yang tinggi untuk mengetahui dengan lebih mendalam kepentingan mengitar semula barang-barang terpakai.
         Seterusnya, demonstrasi mengitar semula surat khabar menjadi kertas dijalankan oleh pihak penceramah. 3 langkah mudah telah ditunjukkan iaitu merendam kertas ke dalam air, mengisar kertas menggunakan pengisar dan akhir sekali meluruskan kertas menggunakan seterika. Satu tepukan gemuruh diberikan oleh murid-murid selepas demonstrasi ditunjukkan. Selain itu, 5 orang murid juga dipilih untuk melakukan demonstrasi kitar semula kertas itu. Seterusnya, barang-barang kitar semula yang dikumpulkan ditimbang dan diangkat ke dalam lori sampah yang telah disediakan. Aktiviti ini dibantu oleh murid-murid tahun 6.
         Acara terakhir ialah majlis penutupan minggu Kitar semula oleh guru besar En. Anuar bin Hj. Buyong. Beliau telah menyampaikan sedikit cenderamata kepada penceramah yang telah hadir. Satu replika cek yang tertera nilai pungutan barang kitar semula juga telah diserahkan kepada guru besar. Seterusnya, hadiah juga disampaikan kepada murid-murid yang telah memenangi pertandingan yang dianjurkan. Pertandingan pertama ialah pertandingan pengumpulan barang kitar semula yang terbanyak mengikut kelas bagi tahap satu dan tahap dua. Senarai pemenang adalah seperti di bawah :
a.       Tahap 1 ( 1 Anggun )
b.      Tahap 2 ( 5 Arif )
      Seterusnya bagi pertandingan reka cipta bahan terpakai pula senarai pemenang adalah seperti di bawah :
Tahap 1
Tahap 2
1.      Nur Athira (3B)
1.   Nurin Zulaikha  (5A)
2.      Afeada Sofea (3B
2. Nur Alia Amyra  (5A)
3.      Siti Nurain (1B)
3.  Radiefa Mohd (5A)
4.      Nur Arissa (3B)
4.  Abdul Rahman  (4A)
5.      Alyaa Ajuwa (2B)
5.      Mohd Ihsan  (6A)
6.      Muhd. Aliff  (3A)
6.      Siti Nur Bahirah (6B)
7.      Muhd. Aiman (2A)
7.      Norshafiqah (5A)
8.      Aisa Najeha (3B)
8.      Mohd Syawal (5A)

        Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah ini maka tamatlah sudah minggu Kitar Semula yang telah dianjurkan oleh guru pelatih. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Kami juga berpuas hati kerana projek yang dijalankan ini telah mencapai matlamat yang diharapkan.

No comments:

Post a Comment