Friday 18 November 2016

AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN MENGGUNAKAN BAHAN KITAR SEMULA

AKTIVITI KITAR SEMULA


Pelbagai aktiviti yang boleh kita lakukan menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kertas, botol, tali, tayar dan sebagainya. Apa yang paling penting adalah, kita mestilah berfikiran luas, kreatif dan inovatif dalam menjana idea untuk memanfaatkan barangan atau bahan-bahan terbuang menjadi bahan-bahan yang boleh digunakan.

           Antara contoh aktiviti kreatif yang boleh dilakukan termasuklah:

Aktiviti:
Membuat perahu plastik yang boleh digunakan untuk bermain bersama-sama rakan contohnya mengadakan pertandingan perahu plastik paling kreatif.

Peralatan:
Peralatan yang digunakan termasuklah botol air plastik dan tali.


Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik

Aktiviti:
Membuat pasu bunga perhiasan yang mana boleh digunakan untuk menceriakan kawasan halaman luar rumah agar tidak kelihatan begitu kosong.

Peralatan:
Peralatan yang digunakan termasuklah kayu terbuang, botol plastik seperti botol cuka dan pokok bunga perhiasan.
Image result for aktiviti-aktiviti menggunakan bahan kitar semula

Aktiviti:
Membuat bunga perhiasan yang boleh menceriakan kawasan ruang tamu rumah agar kelihatan lebih berseri.

Peralatan:
Peralatan yang digunakan termasuklah cawan minum pakai buang, pasu, pasir.

Image result for aktiviti-aktiviti menggunakan bahan kitar semula


Aktiviti:
Membuat kolam mini yang boleh digunakan untuk memelihara ikan perhiasan seperti guppy dan sebagainya.

Peralatan:
Peralatan yang digunakan termasuklah tayar terbuang, batu-batu kecil dan simen.

kreativiti kitar semula relaks minda

Aktiviti:
Membuat lampu perhiasan yang boleh digantung di kawasan halaman rumah agar dapat menceriakan kawasan yang suram.

Peralatan:
Antara peralatan yang digunakan termasuklah kertas kadboard, lampu, tali dan wayar elektrik.


kreativiti kitar semula relaks minda


Aktiviti:
Membuat pasu yang boleh dijadikan bahan perhiasan di dalam rumah ataupun kawasan persekitaran rumah agar lebih kelihatan cantik dan menarik.

Peralatan: 
Antara peralatan yang digunakan termasuklah tali dan botol kaca terbuang seperti botol kicap, sos tomato dan sebagainya.



BERITA KITAR SEMULA


ARKIB : 02/01/2011 


Orang ramai mahu kempen Hari Tanpa Beg Plastik setiap hari


PUTRAJAYA 1 Jan. - Kempen mengurangkan penggunaan beg plastik yang dilancarkan di semua pasar raya di seluruh negara hari ini disambut baik oleh orang ramai, namun rata-rata mahu kempen ini dilakukan setiap hari dan bukan pada hari Sabtu sahaja. 

     Bagaimanapun, pada masa yang sama mereka menuntut agar para pengusaha pasar raya turut memainkan peranan dalam menjayakan kempen itu dengan menyediakan beg kitar semula untuk kegunaan pelanggan demi menjaga alam sekitar tanpa memikirkan keuntungan semata-mata. Mereka berpendapat, kesedaran masyarakat terhadap penggunaan beg kitar semula masih kurang justeru kempen tersebut perlu diperhebatkan sepanjang masa dan ia memerlukan penglibatan semua pihak terutama pengusaha pasar raya sendiri. 

      Seorang pekerja swasta, Wan Nurul Hidayah Yusof, 34, berkata, kempen berterusan merupakan salah satu kaedah terbaik yang perlu kerajaan lakukan untuk menyedarkan masyarakat. Kempen seumpama ini dapat membantu mendidik rakyat untuk menjaga alam sekitar selain mengurangkan pembuangan sisa pepejal. Bagaimanapun ia perlu diteruskan untuk jangka masa panjang kerana kita tidak mahu masyarakat hanya mempraktikkan penggunaan beg kitar semula tersebut semasa kempen rancak dilaksanakan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

    Seorang guru, Kho Chiew Tong, 30, turut bersetuju kempen itu diadakan setiap hari bagi memastikan masyarakat menggunakan beg kitar semula dan menjadikannya sebagai satu kemestian." Pengusaha pasar raya juga perlu memainkan peranan dengan menyediakan beg kitar semula untuk pelanggan demi menjaga alam sekitar tanpa memikirkan keuntungan semata-mata," katanya.

     Sementara itu, seorang pelajar, J. Mugunthan Pillai, 20, berkata, "kesedaran masyarakat untuk menjaga alam sekitar masih rendah dan usaha itu perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Katanya, pelbagai kempen yang dianjurkan oleh kerajaan sememangnya mampu mendidik rakyat menjaga alam sekitar, namun jika rakyat enggan memberikan sokongan dengan membawa beg kitar semula dari rumah, kempen itu dianggap gagal. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan jangan terlalu bergantung harap kepada sebelah pihak sahaja," katanya. 

       Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Abdul Majid Abdul Rahim, ketika ditemui berkata, kementerian memulakan kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' setiap Sabtu bermula hari ini di seluruh negara. Katanya, kempen tersebut merupakan inisiatif kementerian untuk membantu usaha kerajaan memelihara alam sekitar selain menyemai budaya kehidupan lestari di kalangan pengguna. Mulai hari ini pengguna di seluruh negara tidak lagi dibekalkan dengan beg plastik percuma pada hari Sabtu dan mereka akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik. Kementerian juga telah mendapat kerjasama pelbagai pihak untuk menjayakan kempen ini seperti pengusaha pasar raya, stesen-stesen minyak dan juga pihak peruncit," katanya. 

No comments:

Post a Comment